Shalat Jamak Qashar dan Cara Niatnya
Pengertian Jamak
Pengertian shalat jama' ialah mengumpulkan dua shalat dalam
satu waktu. Contohnya mengumpulkan waktu Dhuhur kepada Asar atau Asar
kepada Dhuhur, Maghrib kepada Isya atau Isya kepada Maghrib. Sedang
shalat qasar ialah memendekkan shalat dari 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
Shalat yang boleh qashar (dipendekkan menjadi 2 rakaat) ialah shqlat Dhuhur, Asar dan Isya. Shalat jama' atau shalat qasar diperuntukkan bagi musafir yang melakukan perjalanan lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
Pembahagian Shalat Jama'
Jama' Taqdim ialah melakukan shalat jama' pada
waktu yang awal yaitu dhuhur dan maghrib. Contohnya shalat dhuhur
dijamakkan dengan asar pada waktu dhuhur, shalat maghrib dan isya pada
waktu maghrib, maka ini dinamakan shalat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan shalat jamak pada
waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan shalat dhuhur dan asar pada waktu asar, shalat maghrib dan isya pada waktu
isya, maka ini dinamakan shalat jamak takhir.
Hikmah dan Hukum shalat Jama' dan Qasar
Hikmah shalat Jama' dan Qashar adalah untuk mempermudahkan
atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2
marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya,
sukar untuk berhenti shalat dan sebagainya, maka dari itulah Allah
memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jama' dan qashar menunaikan shalat
fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan
shalat fardhu. Hukum shalat jama' dan Qasar ini adalah terpulang
kepada orang yang musafir untuk mendirikan shalat sempurna atau jama' dan
qashar.
Syarat Jama' Taqdim
Shalat pada waktunya yang awal seperti shalat dhuhur dan
maghrib. Niat jamak pada waktu shalat yang pertama. Berturut-turut antara
shalat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan
lain dari shalat. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka
jama'nya tidak batal.
Syarat Jama' Takhir
-Berniat untuk mentakhirkan shalat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu shalat pertama.
-Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua shalat.
Syarat Qasar
-Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
-Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
-Shalat yang diqasarkan hendaklah shalat dhuhur, asar dan isya saja.
-Hendaklah diniatkan qasar dalam niat shalat.
-Tidak boleh berimam orang yang shalat penuh (sempurna).
-Berkekalan perjalanan sehingga sempurna shalat.
-Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan shalat qasar.
Niat Shalat Jama' dan Qasar Jama' Taqdim dan Qasar Dhuhur-Asar
.أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أدا ء لله تعالى
. أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“
Maghrib-Isya
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
.
Jama' Takhir dan Qasar Asar-Dhuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“
.Isya-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
Cara Mengerjakan Shalat Jama' dan Qasar
-Shalat dhuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
-Berdiri lurus mengadap kiblat.
-Berniat hendak mengerjakan shalat dhuhur secara jamak taqdim
dan qasar. Kalau jamak takhir shalat jama' dan qasar pada waktu
terakhir.
-Setelah itu kerjakan shalat dhuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
-Kemudian berdiri lagi untuk mendirikan shalat yang kedua yaitu asar.
-Berniat untuk mengerjakan shalat asar secara jama' ta'khir.
-Kerjakanlah shalat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
-Kalau qashar jama' taqdim atau jamak ta'khir antara
maghrib dan isya, maka hendaklah niatkan shalat maghrib secara jamak
takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.(mnm|berbagai sumber).